time:7.00 p.m.
kisah ni omma tulis khas untuk nuha dan yaya, pengarang jantung hati omma....
~~~Kisah Si Labu Kuning Yang Comel~~~

Pada zaman dahulu, ada sebiji Labu Kuning yang amat comel dan periang. Namun demikian, Si Labu Kuning ada satu kelemahan yang besar, dia amat pemalu dan tidak pandai untuk berkawan mahupun berbual-bual dengan sayur-sayur yang lain. Selain itu, Si Labu Kuning juga selalu memikirkan yang dirinya tidak setanding dengan kawan-kawan sayurannya di sekolah seperti Si Kobis Panjang yang pandai menghiburkan sayur-sayur lain. Si Lobak Merah pula berasal dari keluarga yang kaya dan sentiasa perlu menjaga penampilan dan nama baik keluarganya. Si Terung dan Si Lada Merah yang nampak kasar pada zahir dan gaya percakapan mereka pun mempunyai ramai kawan-kawan yang suka bergembira dan mengusik sayur-sayur yang lain. Si Cendawan pula suka makan dan tidak kisah walaupun setiasa diejek 'Si Cendawan Buntal' oleh Si Terung dan Si Lada Merah yang nakal itu.
Satu-satunya kawan Si Labu Kuning ialah Si Taugeh kerana mereka telah berkawan dari kecil. Si Labu Kuning suka berkawan dengan Si Taugeh kerana Si Taugeh suka bergurau dan berlawak serta selalu membuat Si Labu Kuning ketawa geli hati. Si Taugeh juga amat baik hati dan selalu membantu Si Labu Kuning. Mereka suka melakukan banyak aktiviti bersama-sama seperti menyanyi dan menari. Si Taugeh suka menari dan amat berbakat dalam semua jenis tarian manakala Si Labu Kuning pula lebih suka menyanyi. Suatu hari, Si Taugeh memperkenalkan kawan barunya, Si Bawang Besar. Mereka berkenalan ketika mengikuti kelas tarian yang sama dan kebetulan, Si Taugeh berjaya memujuk Si Bawang Besar untuk bertukar ke sekolah mereka. Apa yang menyedihkan, Si Taugeh seolah-olah telah melupakan Si Labu Kuning kerana asyik menghabiskan masa bermain dan menari dengan Si Bawang Besar. Ini menyebabkan Si Labu Kuning berasa amat sunyi dan sedih kerana Si Taugeh telah melupakan tali persahabatan mereka yang telah terjalin sejak sekian lama.
Hari demi hari berlalu, Si Labu Kuning semakin muram dan sedih. Setiap hari semasa waktu rehat, dia hanya duduk di bawah pokok sambil bermain gitar merah jambu kesayangannya. Tiba-tiba pada suatu hari, suatu suara menegurnya, "Awak pandai main gitar, ya?"
"Ya, saya suka mencipta lagu dan menyanyi tapi suara saya tidak merdu," kata Si Labu Kuning sambil memandang ke arah sayur hijau yang berdiri dihadapannya.
"Hi, saya Si Lada Benggala. Kadang-kadang saya juga dikenali sebagai Si Lada Cameron. Itu nama glamor saya," kata Si Lada Benggala sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam. "Maaflah, tangan saya pendek sikit."
Si Labu Kuning ketawa mendengar kata-kata Si Lada Benggala itu tadi. "Tangan awak tidaklah pendek sangat, tangan saya lagi pendek. Kaki saya pun pendek."
"Tak mengapa jika tangan awak pendek, yang penting awak pandai bermain gitar. Saya suka melihat awak bermain gitar. Boleh awak ajar saya?" tanya Si Lada Benggala.
Inilah pertama kali Si Labu Kuning mendengar kata-kata pujian yang diberikan kepadanya dengan ikhlas. Selama ini tangan dan jarinya yang pendek selalu diejek olah sayur-sayur yang lain, terutama Si Terung dan Si Lada Merah.
"Boleh, apa salahnya? Biar saya main satu lagu, okey?" tangan Si Labu Kuning pantas memainkan salah satu lagu terkenal yang menjadi siulan ramai ketika ini. Dengan tidak disangka-sangka Si Lada Benggala terus memejamkan mata sambil menghayati dan mula menyanyikan lagu tersebut dengan suara yang amat merdu.
"Wah, suara awak juga sangat merdu, setanding denga suara Si Brokoli dan Si Tomato. Alangkah bagusnya jika saya mempunyai suara semerdu awak," kata Si Labu Kuning memuji-muji bakat yang ada pada Si Lada Benggala. Si Lada Benggala hanya tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepala.
"Saya rasa suara saya biasa sahaja. Lagipun, saya dilahirkan dengan suara begini. Pada saya, kebolehan awak bermain gitar itu lebih mengagumkan kerana saya tahu awak telah berusaha keras untuk berlatih setiap hari untuk berupaya bermain sebaik ini. Saya kagum dengan kegigihan awak untuk mempelajari sesuatu yang baru sehingga awak berjaya. Baiklah, apa kata mulai hari ini saya akan menyanyikan setiap lagu yang awak mainkan, boleh kan?"
Si Labu Kuning tersenyum sambil mengangukkan kepalanya. Mulai dari hari itu, Si Labu Kuning telah mendapat kawan baru yang amat baik dan memahami dirinya. Hidupnya kini lebih ceria kerana kawannya Si Lada Benggala selalu memberikan galakan kepadanya untuk mempelajari alat-alat muzik yang lain. Kini barulah Si Labu Kuning sedar akan bakat dan keistimewaan yang ada pada dirinya.
Benarlah kata Si Lada Benggala, "setiap sayur-sayuran yang ada telah dianugerahkan oleh Tuhan bakat dan keistimewaan masing-masing, jadi janganlah kita berasa rendah diri dan membanding-bandingkan diri kita dengan bakat dan keistimewaan sayur lain. Apa yang penting ialah kita dapat melihat kemampuan dan potensi diri kita dan yang paling penting ialah kita harus berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam setiap perkara yang kita lakukan. Itu lebih penting berbanding hanya berbangga dengan bakat yang ada tanpa sebarang usaha untuk kita memperbaiki diri."
Si Labu Kuning bersyukur mempunyai kawan baru sebaik Si Lada Benggala. Kini, dia tidak lagi berasa sunyi kerana hari-hari mereka dipenuhi dengan pelbagai perkara menarik yang dilakukan bersama-sama seperti bermain permainan video dan menonton wayang serta drama. Seperti yang dijanjikan oleh Si Lada Benggala, setiap lagu-lagu baru ciptaan Si Labu Kuning akan dinyanyikan oleh Si Lada Benggala dengan begitu merdu sekali. Lama kelamaan, dengan sokongan dan galakan yang diberikan oleh Si Lada Benggala, Si Labu Kuning telah kembali ceria dan riang seperti dahulu.

Si Labu Kuning cuba untuk berkawan dengan Si Tomato dan Si Brokoli kerana mereka berdua juga mempunyai minat yang sama dengan Si Labu Kuning iaitu menyanyi. Namun demikan, apabila Si Labu Kuning terdengar suara mereka yang terlalu merdu bak buluh perindu, Si Labu Kuning terpaksa mengakui bahawa dia tidak setanding dengan bakat mereka. Si Labu Kuning hanya mampu mendengar betapa merdunya suara mereka berdua ketika berduet menyanyikan beberapa lagu kegemaran mereka.
Hari demi hari berlalu, Si Labu Kuning semakin muram dan sedih. Setiap hari semasa waktu rehat, dia hanya duduk di bawah pokok sambil bermain gitar merah jambu kesayangannya. Tiba-tiba pada suatu hari, suatu suara menegurnya, "Awak pandai main gitar, ya?"
"Ya, saya suka mencipta lagu dan menyanyi tapi suara saya tidak merdu," kata Si Labu Kuning sambil memandang ke arah sayur hijau yang berdiri dihadapannya.
"Hi, saya Si Lada Benggala. Kadang-kadang saya juga dikenali sebagai Si Lada Cameron. Itu nama glamor saya," kata Si Lada Benggala sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam. "Maaflah, tangan saya pendek sikit."
Si Labu Kuning ketawa mendengar kata-kata Si Lada Benggala itu tadi. "Tangan awak tidaklah pendek sangat, tangan saya lagi pendek. Kaki saya pun pendek."
"Tak mengapa jika tangan awak pendek, yang penting awak pandai bermain gitar. Saya suka melihat awak bermain gitar. Boleh awak ajar saya?" tanya Si Lada Benggala.
Inilah pertama kali Si Labu Kuning mendengar kata-kata pujian yang diberikan kepadanya dengan ikhlas. Selama ini tangan dan jarinya yang pendek selalu diejek olah sayur-sayur yang lain, terutama Si Terung dan Si Lada Merah.
"Boleh, apa salahnya? Biar saya main satu lagu, okey?" tangan Si Labu Kuning pantas memainkan salah satu lagu terkenal yang menjadi siulan ramai ketika ini. Dengan tidak disangka-sangka Si Lada Benggala terus memejamkan mata sambil menghayati dan mula menyanyikan lagu tersebut dengan suara yang amat merdu.
"Wah, suara awak juga sangat merdu, setanding denga suara Si Brokoli dan Si Tomato. Alangkah bagusnya jika saya mempunyai suara semerdu awak," kata Si Labu Kuning memuji-muji bakat yang ada pada Si Lada Benggala. Si Lada Benggala hanya tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepala.
"Saya rasa suara saya biasa sahaja. Lagipun, saya dilahirkan dengan suara begini. Pada saya, kebolehan awak bermain gitar itu lebih mengagumkan kerana saya tahu awak telah berusaha keras untuk berlatih setiap hari untuk berupaya bermain sebaik ini. Saya kagum dengan kegigihan awak untuk mempelajari sesuatu yang baru sehingga awak berjaya. Baiklah, apa kata mulai hari ini saya akan menyanyikan setiap lagu yang awak mainkan, boleh kan?"
Si Labu Kuning tersenyum sambil mengangukkan kepalanya. Mulai dari hari itu, Si Labu Kuning telah mendapat kawan baru yang amat baik dan memahami dirinya. Hidupnya kini lebih ceria kerana kawannya Si Lada Benggala selalu memberikan galakan kepadanya untuk mempelajari alat-alat muzik yang lain. Kini barulah Si Labu Kuning sedar akan bakat dan keistimewaan yang ada pada dirinya.
Benarlah kata Si Lada Benggala, "setiap sayur-sayuran yang ada telah dianugerahkan oleh Tuhan bakat dan keistimewaan masing-masing, jadi janganlah kita berasa rendah diri dan membanding-bandingkan diri kita dengan bakat dan keistimewaan sayur lain. Apa yang penting ialah kita dapat melihat kemampuan dan potensi diri kita dan yang paling penting ialah kita harus berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam setiap perkara yang kita lakukan. Itu lebih penting berbanding hanya berbangga dengan bakat yang ada tanpa sebarang usaha untuk kita memperbaiki diri."
Si Labu Kuning bersyukur mempunyai kawan baru sebaik Si Lada Benggala. Kini, dia tidak lagi berasa sunyi kerana hari-hari mereka dipenuhi dengan pelbagai perkara menarik yang dilakukan bersama-sama seperti bermain permainan video dan menonton wayang serta drama. Seperti yang dijanjikan oleh Si Lada Benggala, setiap lagu-lagu baru ciptaan Si Labu Kuning akan dinyanyikan oleh Si Lada Benggala dengan begitu merdu sekali. Lama kelamaan, dengan sokongan dan galakan yang diberikan oleh Si Lada Benggala, Si Labu Kuning telah kembali ceria dan riang seperti dahulu.
p/s: fuh... penatnye tulis dlm full standard bm.. hahhahah... nuha ngan yaya, ok tak cerita omma nih? hehhehe....

7 minnie's kiss(es):
wahhhhhhh (tepuk tgn) wati agak ketinggalan dgn siapa sayur2 ini. tp wati agak lada benggala kyu dan labu ialah minnie kan? and taugeh semestinya eunhyuk. kekeke. wati tahu diorng rapat sejak minnie pengaruhi kyu utk mencuba wine. along, ni kisah benar ke? -wati yg lurus.
hahha... saje jek buat fan fiction pasal diorang versi 'bersih'. kalau dalam internet tu asyik2 citer x senonoh pasal bebudak suju nih.. tah hape hape.. lebih baik along buat citer kanak2.. boley gak auliya ngan nuha baca...
labu kuning- minnie
lada benggala- kyu
taugeh- hyukie
bawang besar- fishie (hae)
kobis panjang- teukie
lada merah- heenim
terung- kangin
cendawan- shindong
brokoli- yesung
tomato- reowook
lobak merah- siwon
hehehe.... cooking2 versi sushow 3 kat seoul baru2 ni..
oooo..thank u along. wati sgt2 ketinggalan pasal suju nih. x boleh gelarkn diri elf sejati lagi. hik hik, tp akan berusaha update sebelum bulan 3 nih.
btw, along, nk karang cerita perlukan kesabaran, and u did it! it was a great story. ~ applause ~
someway, somehow..
I think this story was meant for me~
I was reading it while lying down..
so, ape lg~
lepas baca, terus tidoo~
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzz
what do you mean zue?? it sucked? hahhaha... i know my bm is terrible... i'll NEVER write in bm again.... i'll leave it to the experts.. hahhahha...
u r n0t gonna write in bm again?then?in korean?bole si sayur2 nie pehe..keke
Post a Comment